Tahniah dan syukur alhamdulillah sebab kita berpeluang sambut Ramadhan lagi pd tahun ni :) . Aku suke ! hehe. sbb dpt g terawih ^_^ . And, mesti bazaar2 ramadhan tahun ni berlambak2 kan? Maklom laa. Rezeki pon melimpah ruah bulan2 puasa ni. Hee. Ape pon, aku nak share cket dkt korg, kelebihan dan fadhilat bulan Ramadhan ni. Yuk! ^_^
Antara kebaikan yg terkandung dalam bulan mulia ini ialah :
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Semoga Ramadhan kali ini membawa beribu kebaikan pada diri kita. Selamat Beramal ^_^
aishahKay : pahala 10-700x ganda tuhh :DD. Sape xnak?? Aku pon nakkk!! :D


No comments:
Post a Comment