Pages

Sunday, July 17, 2011

..++ Light Graffiti by Myself++..

Salam! Hi readers! :) Hari ni aku nak cita cket kat hangpa suma,camna nak buat light graffiti ni. Nak buat dia xda laa susah sgt. Senang jaa. Hangpa cuma kena ade, basic item dia jaa. Yg aku dok maksudkan adalah kamera dan jugak lampu. Apa? kena guna DSLR? xda lahh. sapa kata PnS x bole buat? Aku duk try elok jaa. Smart jugak lighting dia bagi. Dahh laa. penat aku nak cita banyak2. Skrg, hangpa just baca jaa apa aku duk nak hang taw. Mehh laa ^_^

Light graffiti ni satu benda yg memang, best gilaa laa. Aku enjoy buat benda ni. Wlpn aku maseh dalam prgkt percubaan, tapi aku taw.. L.G ni memang sgt cool. Hangpa cuma main lukis2 kat langit jaa time gelap. :) Mehh aku ajaq hangpa cket nak buat. *aku twu hang da taw! tapi aku nak kongsi jaa! :p*
Senang jaa. Hangpa kena dapatkan background yg gelap, malap serta 'surap'. hehe. Kalau hang rasa tangan hang x bedong, guna tripod. X laa t gegar sgt. Selain itu, hangpa kena control shutter speed kamera hangpa. Klau hangpa nak taw, klau hang duk gerak cepat n laju gilaa, camera hang x dpt record hang. Tapi, dia cuma record graffiti hang jaa. So, hang dpt lahh background yg smart. ^_^  ISO pulak, jgn tinggi sgt. Memadai laa sekitar 200 atau ke bwh. Sebab, kalau hang guna ISO tinggi. Gambar hang byk noise atau grain. Penggunaan aperture pulak mengikut keadaan persekitaran hangpa. Tinggikan aperture, bakal buat scene hangpa lagi gelap. Itu bergantung pada persekitaran hangpa laa.
Kalau hangpa nak tulis byk2, mesti laa makan masa kan? Haa~ apa kata gunakan  longer shutter speed. And always igt.. the longer the exposure, the darker location you'll need. hehe.

Tu jelaa yg aku nak habaq wat masa ni. Ada apa2 pembaharuan, nanti aku duk share ng hangpa suma k.

p/s : brapa kali aku cuba ni, tataw laa. hahaa ;p




Saturday, July 16, 2011

..++ The BEST SMILEs in the WORLD++..

Salam! :) Sehat x? Hope korang sehat2. Aku ng family pon, alhamdulillah :D . btw, straight to the point.. :E hee..  Memandangkan aku suke ambek gambar..x kire laa tumbuhan ke, binatang ke.. waima manusia sekalipun.. Aku detect ade some specialities bila amek gmbr org.. Terutama, bila time korg nak senyum.. :) Mcm2 style ade.. Tapy, aku bg 5stars atas senyuman org TERBAEK kat bwh ni! :D. Tahniahh sebab dah menang ranking senyum dalam byk2 gambar aku :DD .

TEMPAT 10 TERATAS, JATUH KEPADA ;


BONDA TERSAYANG KU :)


KAKAK KU :)

FARIDAH aka FYDA :)

FATEN NANA :)

HAFIZ KAMAL ! :)

ANAK EN. OTHMAN! A-M-I-R-A :)
 KAKAK SENIOR : SHUHADA :)

MEMBER BAZAAR/ KELAS F1-F3 : AMIRUL JAMEL :)

 EKIN :D
dan..yg terakhir adalah : NAZIFI NASRI :)


Tahniah pada korang, kerana berjaya memonopoli tempat 10 teratas di hatiku. Ahaks! Senyum sokmo! :D

p/s: Senyum itu sedekah | Penawar sakit | Agen anti-penuaan yg paling berkesan. hehehe. :)









Thursday, July 14, 2011

..++ 6 Fakta Menarik ++..

TAHUKAH ANDA??
 MONACO CITY
1. Monaco merupakan sebuah negara yg mempunyai garis pantai TERPENDEK iaitu hanya 4km sahaja. Tetapi, kapasiti penduduknya adalah berkepadatan antara TERTINGGI di dunia.
BABY
A
B
Y
 

2. Bayi yg baru lahir mempunyai 300 tulang. Tetapi, setelah meningkat dewasa akan berkurangan sehingga 206 tulang sahaja.
3. Tomato adalah makanan yg paling popular di serata dunia. Tak hairanlah kalau sebanyak penghasilannya sebanyak 60juta tan setahun.
4. Anda gunakan peti sejuk utk bekukan makanan, betol tak? Tapi, orang Eskimo pula gunakannya  utk simpan makanan agar tak jadi beku.

5. Zaman dahulu kat Mesir, penduduknya cukur alis kening . . . . . . . . .

SEBAB. . . .
ni hah! Sebab kucing mati. Tapi sekarang,, Jadi trend dah. So, pepaham ler sendiri. :p
6. Mesti korang igt yg si UNTA ini bole bertahan lama tanpa air kan?? Tapi, hahaha! korang da salah.
 Kucing. . . .  KUCING bole hidup lagi lama dari unta tanpa perlukan air. Hee :)



p/s : Cam x caye jehh kucing cute nie. hehe. Ape pon, itu lahh kuasa Maha Pencipta. Subhanallah. :D

adaptasi : Mastika Jul-2011.







Saturday, July 9, 2011

..++Blog Pend.Islam Terbaik! ++..

..Salam :) . Aku xde berapa ade keja ari ni. So, tinjau2 blog rantaian sekolah aku. Bila tgk punya tgk, aku rasa blog Panitia Pend. Islam adalah sgt BEST! :D Seronok baca. hehe. Korang kalau rajen, jengah laa wok! hee. *Tu jee aku nak ckp, g tengok! :)*

p/s : Banyak input :) Baik ahh ustadz! hee

..++ Berteori Fizik Islam++..

Assalamualaikum :) . Sbnrnya dari 2 mgu lepaz aku nak tulis entri ni, tapy, x berkesempatan. Ape pon, aku luangkan kejap. Aku berusaha tulis jugak! hehehe. Hari jumaat lalu, tatkala kaum adam pergi masjid tunaikan solat jumaat, aku tgk laa.. Al-Hidayah, then ade pengisian tentang solat.
Ade pensyarah UM bt kajian tentang solat, tentang peace in pray :). Beliau da buktikan, bahawa, waktu sujud menunjukkan tahap ketenangan yg sangat tgi. Jadi, . . . sendiri mau igt laa. SOLAT ^_^.
..Teruja kan?? hee. Islam sgt menggalakkan umatnya utk solat secara berjemaah. And, haa! nak share cket  dgn korg, solat berjemaah dari segi pandangan fizik :) . Jom! :D

Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. 
Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
 
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi. 
 
Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. 
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. 
Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
 
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).
Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. 
 
Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk a untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala
 
"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu 
sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.
p/s: Solat laa kamu sebelum kamu disolatkan. *INSAF, SUBHANALLAH :)*

Tuesday, July 5, 2011

..++Ape punya jenis manusia laa++..

Salam :) . Singgah sat nak update. hee. Entri aku, ber'tittle kan sebegini.. Ada sebab dye. huhu. Bukan apa, aku kecewa dgn sikap sesetengah manusia yg kdg2 !@#$%. Susah laa nak ckp. Yelaa, byk org byk ragam kan. Aku cume just geram+tak puas hati+marah+bengang pada sorg mamat ni. :/ . Ari ni, aku x pegy skola. Aku teman mak aku pegy buat x-ray n pegy HSA sbb kaki mak aku. *Mak aku jatuh, ade kretakan,so bwk g simen kaki beliau. ciann dye. huhu* And, tgh2 menunggu kat ruang menunggu, ade laa sepasang husband & wife ni. Kesiann laa aku tgk..Tapy aku rasa, bukan aku jehh kesiann kat wife dye. Semua yg ade tu pon sure laa ksian kat si wife ni..Tapy, aku baran gilee kat si husband dye ni.. Mcm x ambek port lgsg yg wife dye tgh menahan sakit.. Mase tuh, wife dye nak g toilet, wife dye duduk atas wheelchair taw. Ade dye buat dekk jehh bini dye nak g toilet! bukan nak tolak kan wheelchair tu..at least smpai kat dpn pintu toilet kan.. da laa toilet tu agak jauh dgn tmpt dye duduk..Husband dye bole buang dang jehh, siap main hp lagy.. *perghh! aku da brasap tgk, rase mcm nak sound jehh suh tolong bini dye! >.<!*
*aku geram! aku upload gambar kau!>.<!*
Bini dye dgn perlahan-lahan, papah gune dinding..grk slow2 g toilet.. Mcm gnie pye husband pon ade.. Ktorg yg ade, kesiann..mcm nak tolong.. Tapy, tkot yg laki dye ni pk lain, igt ktorg myebok tepi kain dye.. and takot dye xleyh terima apa kite buat..maybe dye pk yg kitorg mmg saje nak sindir & malu kan dye..*biasa laa..tgk muke da twu laki dye jenis manusia yg pk kolot!*
*kesian wife dye nak ke toilet yg jauh tuh..huhu :/*
...terus menunggu, sehingga nombor glrn mak aku dpanggil..masuk.. Husband n wife sakit ni, lepas giliran mak aku.. kbetulan kat bilik tu ade dua doktor..so, skali panggil 2 org patients.. *mak aku n wife dye laa* .. Aku sengaja psg telinga..nak twu ape sakit wife dye.. Kesian gile.. Wife dye prgnant, tapy baby dye da meninggal, x cukup bulan.. And paling myedihkan..baby tu still ada dlm kandungan dye lagy.. Kuatnya si wife tu tahan sakit..huhu.. Husband dye,, mcm tunggul aku tgk.. hek x,,hokk pon x,, Dye bia bini dye jehh ckp.. X bersuara pon.. teruk betol.. Then, doktor yg rawat dye mcm da panik aku tgk.. cepat2 dye suroh pegy kat ada 1 katil ni...sbb dorg nak check kndgn dye tuh.. Tapy seriously, ramai doktor kerumun dkt si wife ni.. Aku rasa, mesty kes dye serious smpai dekat 10 org doktor pegy kat katil ward dye.. Ouh!! Si husband ni!! grrr~! Dye boleh blah keluar terus, mcm x risau pon dkt wife dye! hangenn aku tgk! Akak aku yg kbtln ade pon x puas hati ng husband dye..Dye betol2 mcm x kesah.. :/ ..

Rawatan mak aku cepat.. Jadi, aku tataw ape jadi ng wife tuh..sbb aku da nak kena balik.. Otw keluar bilik tuh, aku prasan, doktor kat katil dye memang ramai.. Aku doa, moga2 si wife tu xde ape2 yg teruk.. aminn..

p/s: So, those men... Please.. Hargailahh & lindungilahh kaum wanita.. :)