Pages

Saturday, June 22, 2013

..++Finally, three panels++..

Before abes cuti ni, aku dah nekad nak design something utk wall rumah. Walaupun buruk, terimalah mak ku dgn hati terbuka. Haha. Berazam nak buat floral painting on canvas. But, aku takde idea sangat. Jadi guna khidmat google utk dapatkan idea. Yang mana berkenan, boleh jeh ambik and try apply memana yang patut. And ya, aku bukan professional. Aku lebih suka untuk meniru apa yang cantik dan buat apa yang aku rasa menarik. Sebab, seni ni subjective. Luas. Belajar lagipun kan. Tak salah pada aku

 Sketch dulu idea yang terkeluar 
 Start conteng atas canvas.
 Zas-zas gaya pro~ Dah siap ! Haha
 Tara. Mak aku mesti pengsan tengok. Hehe
Finally, aku berjaya siapkan. 

Nak and tak nak jeh berkarya gini. Heheh

aishahKay : 1st karya saje2 berjaya dihasilkan. Well done to myself :D 

Sunday, May 26, 2013

..++Kasi make up sikit lah++..

Hello brader! 
Entri post untuk hari ni berkisarkan tentang saga iswara comel pusaka yang telah menerima sedikit sentuhan drpd AKU ! hahah. Mak aih ayat aku ~ Kemain berbunga layu! 
Aku sebenarnya dah tak boleh tahan menahan ketagih nak make up beliau. Lalu, cuti sem ini aku manfaatkan dengan perabih masa dengan beliau. Heheh. Meh nengok . ^_^


 Ini adalah specimen awal sebelum sebarang modifikasi. Hee . Original set ni . Tahan rempuh weh ! 
 Side yang agak botak . MEMANG botak.
Rear yang huduh sudah akibat terlanggar eh! tersenggol divider. Hahah

LALU, TELAH AKU ADJUST DENGAN PENAMBAHAN FRONT& REAR BUMPER serta SKIRT.

Damb Iswara bumper
 Haa, molek bebenor. Haha
 Rear bumper aku try usha evo. Wakaka! Lari terus tema. Tapi, utk kepuasan. Aku rasa bumper blkg evo ni menawan kalbu. Heh~
Damb iswara skirt
Oh ya! Aku jugak mengambil keputusan utk tkr stering asal kepada momo aloo thomey2 ni. Heh . Kepala gear tu pon aku tukor jugak. Baru match gtuh. Hahah
 Finally, time utk kalis jerawat yang ada. Aku decide utk tetap pilih putih as aku pk yang kereta2 lama ni, tak banyak sangat warna yang masuk. Kalau salah pilih and tak kena gaya, mati ler kaler keta aku. Huu
Proses ni makan masa sikit memandangkan cuaca sekarang agak kurang baik. Hujan jeh .So, thats means aku pon patah kaki lerr. Haa, aku memang x cadang nak letak spoiler sebab... keta ni aku rasa tak berapa lawa ade spoiler. Hahah. Citarasa aku. 

So, ini semua hasil usaha sama antara aku dgn orang rumah aku. Final iswara modified akan aku update nanti. Heheh. Tp setakat ni, aku dah berpuas hati sikit. Hee. Just lepas ni kena jaga lebih lah terhadap beliau. Almaklumlah, warna dah bertukau. Heheh

aishahKay : Total perabih semua : RM2000 . Fuhh~ nampak tak duit tengah melayang nuh? Hahah. As long as, kita enjoy! :D

Saturday, April 27, 2013

..++Teroka Kepulauan Batam++..

Assalamualaikum and hi !



Wah, rindu nak singgah sini. Btw, aku baru aja pulang dari Pulau Batam, Indonesia. Kira melancong oversea lah. Wakaka! *perasan tak hengat kau jah! -.-'

Pergi sana atas sponsor kakak tersayang. Tapi, takdelah 100% . Heheh. Aku adik yang bertimbang rese, okayy. Bermalam 1 hari di sana. So far, pada aku, Batam is one of the interesting place should be visited.

Mulanya, niat kawan2 akak yang nak shoping raya di sana. Err, puasa belum tentu ganti ke idak. Dah sibuk nak raya. Puihh. Haha. Aku layan kan aje. And aku pon tak beli apa sangat SEBAB seriously, aku lagi enjoy and layan cara hidup and culture orang dekat sana. Pada aku, itu mcm precious moment lah wehh. Sebab berbeza dengan cara hidup kita kat Malaysia ni and lagi2 aku yang 'SOK KEBANDARAN GITUHH' hahah.

Gambar bawah ni yang mana sempat. Sebab, oh! TAKE NOTE yang nak pergi tu. Aku segan lagi malu nak keluarkan D90 aku yang molek tu kerana hampir over 70% rakyat Batam memandang aku. Jadi, Galaxy Note akak ku lah yang menjadi sandaran. Maaf kalau gambar kurang kualiti *aku cakap pun mcm indon dah. huahuaa :p*

Dari dalam feri perjalanan ke Batam
Hotel yang kitorang tumpang buat ayaq lioq basi. Taraf 3bintang. Not bad lah. Heheh
Ini bilik hotel. Selesa lah kan. Semalam dalam RM90 gitu.
 Cuci Mata Pulau Batam
 Buah salak femes gitu dekat Batam ni
 Indonesia ni, banyak gila keluaran minuman variasi teh. Semua air ni berasaskan TEH :)
 Member akak aku borong coklatOS kot. Wahh. 
 Souvenirs yang harus bawak balik 1. heheh
 Trademark dekat Batam. Jembatan Barelang . Aku jejak sini weh! Hahah
 Ini !@#$% Aku saje snap sebab...undefined answer -.-'
 Sunset in Batam 
 Dekat sini, shopping baju utk event besar boleh lah & pakaian muslimah. Others, don't think so.
 Teringat ku teringat, pada BFF ku, mira yang obses menatang ni. Hahaha
 1 makanan yang luar biasa pada aku sebab takde jual kat JB. Ohsem! Sedap Cheese Banana ni. hehe
 Avocado Delicious. Must try for Batam Visitors. Hee
Alpukat. Avocado maybe. Sangat berlambak dekat sana. hehehe

Gambar2 yang lain akan aku transfer nanti. Tunggu Batam 2nd Episode. Hee. Tata ^_^

aishahKay: Terima kasih rakan2 blogger tersayang yg pernah buat review pasal Pulau Batam. Sangat membantu aku. Muax! Sayang korang. Teheheh :3

Friday, April 12, 2013

..++Al Kisah Lepas SPM++..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada adik2 jr AKAK! :D
Gumbira dapat menyenyeh (membebel) dlm blog ini. Tambah2 aku nak cerita pasal sekarang yang duk sibuk nak ada kemasukan waima bagai lah ke alam IPT. This post just a kind of sharing information  *wink* Don't be too wrinkled when read it! *really mean it -.-' HAHA*

So, bila result dah keluar, TAHNIAH pada yang berjaya and jangan nak feeling heaven sangat ya. Harap maklum *cemburu sebab result dulu tak gempakz pongg. Haha* And pada yang kurang, tetaplah Bangkit dan berusaha lebih lagi. SPM bukan penentu sangat and PENAMAT -.-' hidup korang. So, pleasee. Don't ever try nak bunuh diri bagai. Mungkin ada silap dekat mana2, tu yang slek sikit tu. Hee

Jadi, bila dah keluar result. Nak sambung belajar, haruslah keluar kena beli number pin untuk UPU. Tapi, ini yg terjadi pada aku. Blank+blur masa nak isi upu tu. Dah lah kekosongan agak banyak . And aku sepatah haram pon tak tahu menahu langsung tentang kos2 yang ade di plhn tu. Hampir 99.95% aku tak tahu. Jadi, akhirnya aku gunakan khidmat Google utk tahu menatang apa yg dibelajar nya dlm kos2 tersebut. Hahaha. Nak seribu daya kan... ;)

6/8 pilihan aku kokot (pilih) u. 2 lagi aku pilih poli. Salah satu, poli JB sbb dkt ng rumah aku. Hee. Tp, kita hanya plan bukan. Allah yang tentukan. Jadi, aku ditakdirkan ke poli JB. Mungkin makbul doa aku + mak aku sbb dia taknak aku kena campak jauh2. Haha. Tp, before result upu keluar, aku diterima ke Form 6 and that's why aku tak dpt matrikulasi rasanya. Bagus jugaa. Sbb aku bukan study hard punya olang.  Hahah.

Tapi, bila aku dapat result ke poli tu, haihh -.-' ade jugak insan yang macam masih memandang down taraf poli ni. Mungkin sebab... masih berfikir yang poli ni budak2 sengal duduk n blajar kot. Even aku cakap, "HEY! NI PREMIER TAU! " haramm, bolayan, tetap dgn pendirian dia td. Tapi, sebenarnya, it is the place where you learn more and segalanya praktikal. Tambahan, bukannya tak dilengkapi teori. Bagi aku, kau belajar teori lepas tu buat banyak praktikal itu lagi menyeronokkan. Kau bole tambah pengalaman. Learn from mistakes.

Jadi, yang dapat result sekadar poli, jangan lah nak kuncup layu sangat mcm nak mati sebab kawan2 ramai yang masuk u. Hey, kau pon bole masuk u, tp lepas kau grad dip kat poli tu dulu lah. Tapi, sekarang, poli premier pon akn convert u and akan tawarkan program degree. Apedehal? Sambung jelaa. Lgpon, JPA pon sediakan biasiswa poli. Hahah, heaven kan. Tak yah hard up sangat nak ke u tu. Wakaka! *tapi kalau dapat, haruslah pergi. hahaha*

Aku, kenapa tak sambung form 6? Entah. Sebab...Aku takot aku tak boleh carry on, and, mungkin tak tahu hala aku esok. Dia ibarat mcm kau lepas pmr dgn spm dulu lah. Konfius kau akan timbul sekali lagi bila nak kena buat keputusan nak pergi mana. Dan aku takot aku silap dekat situ. Last2, kerjaya aku bukan dalam bidang aku. And, aku rasa sayang kalau tak aplikasikan ilmu selama ini yang aku tuntut bertahun. Haa, ini bagi manusia sepesen dengan aku lah. Yang BB banyak sangat. Blank blur katakan. Hahaha.

Lagipun, aku yakin..Setiap pertama yang datang dalam hidup aku adalah yang terbaik dari Allah. Sebab bila aku dpt result upu tu, aku rasa relax. Lepak gila. Heheh. And, aku tak haruk pon nak buat rayuan2 bagai masuk u. Tak terfikir langsung. So far, alhamdulillah. Setiap benda baru yang aku belajar, aku anggap cabaran. Jadi, itu yang bakar semangat. Hee

Apapun, setiap perkara yang nak dilakukan, refleksi lah segalanya. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Tak kira belajar dekat mana, yang penting DIRI SENDIRI...

aishahKay: Timang tinggi-tinggi sampai anjung atap, belum keluar result, dah kena pikir siap-siap. Hahah. Btw, ni gambar final project Illustration aku. Weee ^_^


Monday, March 25, 2013

..++Final Illustration Sketch++..

Assalamualaikum! And hi!

First and foremost, aku baru balik dr kelas actually. Wakaka. Takde keja terus ngadab Sang Blogger pujaan buah pinggang ku ini. Haha.

Aku bkn ape, cuma teruja jeh nak update pasal keja final aku memandangkan ianya agak menarik bg aku iaitu bercirikan JDT, haruslah aku bangga sekian purnama. Hahah. Negeri aku kott.

So, this is the sketch *tau aku lukis macam haw*w . Sobs, yelaa. Aku bukan mcm kau nak lukis lawa2. *eh! Tibe2. Hahah*



Jempott tengok :) and doakan utk asses aku nnt ya. Tq. Hee

Sunday, March 24, 2013

..++Berakhir Semester 2++..

Assalamualaikum and Hi !
Sebenarnya takda lah berakhir sangat, tp BAKAL berakhir actually. Hahaa.
Aku rasa mcm kejap benar belajar level diploma ni. Dulu sekolah menengah. Then naik ipt. And, sedar tak sedar, 2 bulan lagi aku dah dekat sem 3. Walaweyhhh! Kejap bebenar. Hahaha. Tapi itu lah yang ditunggu2. Mudah2an aku berjaya dekat sini and yang penting jadi diri aku sendiri. *wink*

Aku agak sibuk memandangkan final project pon dah sedia menunggu. Kalau boleh jerit, dah sentiasa diperingatkan dekat aku supaya 'BUAT BUAT!' . Haha. tp, tgu aku ade mood best sikitlah, baru aku buat. So, sem ni, banyak aku belajar benda baru. Dari aku ZERO sampailah aku gain knowledges. Sikit banyak pon apedehal, nama pon belajar, kann. But, aku sangat beruntung dan bersyukur apa yang aku dapat. Hee.

So, for this opportunity, I am very glad to share in here all about what i'm doing. Ini adalah contoh2 assignment course aku yang aku buat dalam sem 2 ini. Pada yang (mungkin) lepasan SPM, not sure what is Graphic Design, AKAK ni cuba jelaskan thru your visualization (looking). Harap membantulah. Heheh *wink*

Di bawah ini adalah untuk subject yang aku belajar














Subject : Illustration, Desktop Publishing, Screen Printing (Silk Screen), Digital Imaging

aishahKay: Aku saje jeh update pasal ni. Sebab dulu masa result UPU aku dapat REKABENTUK KOMUNIKASI DAN VISUAL (GRAFIK) dekat PIS , aku google bagai nak rak, nak tau belajar apa. Hahaha. Moga membantu ya adik2 . Hehehe :p 

Saturday, February 16, 2013

..++Obsesi February Warming++..


Assalamualaikum semua! Wah, rasanya lama gila aku tak membebel dekat sini. Hahah, apapon, yang penting hari ni (Ahad,17feb13) ADALAH last day cuti CNY . Kejap betul lah . Huu. Kerja aku pon banyak tak siap lagi. Hahaha . Rajin kan aku? Duduk rumah seminggu, 1 jeh yang aku buat. Hahah. Dah lah, banyak pulak aku bebel -.-'

Hari ni, aku nak buat February Warming pulak . Hee. Tajuk tu aku main tibai jeh . Takdelah warming apa. Saje, cuti, pergi tembak2 . Hee . Ni lah hasilnyaaa~.~.~








Taraaa~.~ Inilah hasilnya. Cuti2 ni jelah time aku langsaikan dendam dunia aku. Hahaha. Kalau tak, bila lagi kan? Hee . Dah, aku nak sambung buat assignment . Take care u'olls :D 

aishahKay: Aku skrg duk usha filter2 best . Susoh benor nk dpt area JB ni . Sobs -.-'