Pages

Saturday, April 27, 2013

..++Teroka Kepulauan Batam++..

Assalamualaikum and hi !



Wah, rindu nak singgah sini. Btw, aku baru aja pulang dari Pulau Batam, Indonesia. Kira melancong oversea lah. Wakaka! *perasan tak hengat kau jah! -.-'

Pergi sana atas sponsor kakak tersayang. Tapi, takdelah 100% . Heheh. Aku adik yang bertimbang rese, okayy. Bermalam 1 hari di sana. So far, pada aku, Batam is one of the interesting place should be visited.

Mulanya, niat kawan2 akak yang nak shoping raya di sana. Err, puasa belum tentu ganti ke idak. Dah sibuk nak raya. Puihh. Haha. Aku layan kan aje. And aku pon tak beli apa sangat SEBAB seriously, aku lagi enjoy and layan cara hidup and culture orang dekat sana. Pada aku, itu mcm precious moment lah wehh. Sebab berbeza dengan cara hidup kita kat Malaysia ni and lagi2 aku yang 'SOK KEBANDARAN GITUHH' hahah.

Gambar bawah ni yang mana sempat. Sebab, oh! TAKE NOTE yang nak pergi tu. Aku segan lagi malu nak keluarkan D90 aku yang molek tu kerana hampir over 70% rakyat Batam memandang aku. Jadi, Galaxy Note akak ku lah yang menjadi sandaran. Maaf kalau gambar kurang kualiti *aku cakap pun mcm indon dah. huahuaa :p*

Dari dalam feri perjalanan ke Batam
Hotel yang kitorang tumpang buat ayaq lioq basi. Taraf 3bintang. Not bad lah. Heheh
Ini bilik hotel. Selesa lah kan. Semalam dalam RM90 gitu.
 Cuci Mata Pulau Batam
 Buah salak femes gitu dekat Batam ni
 Indonesia ni, banyak gila keluaran minuman variasi teh. Semua air ni berasaskan TEH :)
 Member akak aku borong coklatOS kot. Wahh. 
 Souvenirs yang harus bawak balik 1. heheh
 Trademark dekat Batam. Jembatan Barelang . Aku jejak sini weh! Hahah
 Ini !@#$% Aku saje snap sebab...undefined answer -.-'
 Sunset in Batam 
 Dekat sini, shopping baju utk event besar boleh lah & pakaian muslimah. Others, don't think so.
 Teringat ku teringat, pada BFF ku, mira yang obses menatang ni. Hahaha
 1 makanan yang luar biasa pada aku sebab takde jual kat JB. Ohsem! Sedap Cheese Banana ni. hehe
 Avocado Delicious. Must try for Batam Visitors. Hee
Alpukat. Avocado maybe. Sangat berlambak dekat sana. hehehe

Gambar2 yang lain akan aku transfer nanti. Tunggu Batam 2nd Episode. Hee. Tata ^_^

aishahKay: Terima kasih rakan2 blogger tersayang yg pernah buat review pasal Pulau Batam. Sangat membantu aku. Muax! Sayang korang. Teheheh :3

Friday, April 12, 2013

..++Al Kisah Lepas SPM++..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada adik2 jr AKAK! :D
Gumbira dapat menyenyeh (membebel) dlm blog ini. Tambah2 aku nak cerita pasal sekarang yang duk sibuk nak ada kemasukan waima bagai lah ke alam IPT. This post just a kind of sharing information  *wink* Don't be too wrinkled when read it! *really mean it -.-' HAHA*

So, bila result dah keluar, TAHNIAH pada yang berjaya and jangan nak feeling heaven sangat ya. Harap maklum *cemburu sebab result dulu tak gempakz pongg. Haha* And pada yang kurang, tetaplah Bangkit dan berusaha lebih lagi. SPM bukan penentu sangat and PENAMAT -.-' hidup korang. So, pleasee. Don't ever try nak bunuh diri bagai. Mungkin ada silap dekat mana2, tu yang slek sikit tu. Hee

Jadi, bila dah keluar result. Nak sambung belajar, haruslah keluar kena beli number pin untuk UPU. Tapi, ini yg terjadi pada aku. Blank+blur masa nak isi upu tu. Dah lah kekosongan agak banyak . And aku sepatah haram pon tak tahu menahu langsung tentang kos2 yang ade di plhn tu. Hampir 99.95% aku tak tahu. Jadi, akhirnya aku gunakan khidmat Google utk tahu menatang apa yg dibelajar nya dlm kos2 tersebut. Hahaha. Nak seribu daya kan... ;)

6/8 pilihan aku kokot (pilih) u. 2 lagi aku pilih poli. Salah satu, poli JB sbb dkt ng rumah aku. Hee. Tp, kita hanya plan bukan. Allah yang tentukan. Jadi, aku ditakdirkan ke poli JB. Mungkin makbul doa aku + mak aku sbb dia taknak aku kena campak jauh2. Haha. Tp, before result upu keluar, aku diterima ke Form 6 and that's why aku tak dpt matrikulasi rasanya. Bagus jugaa. Sbb aku bukan study hard punya olang.  Hahah.

Tapi, bila aku dapat result ke poli tu, haihh -.-' ade jugak insan yang macam masih memandang down taraf poli ni. Mungkin sebab... masih berfikir yang poli ni budak2 sengal duduk n blajar kot. Even aku cakap, "HEY! NI PREMIER TAU! " haramm, bolayan, tetap dgn pendirian dia td. Tapi, sebenarnya, it is the place where you learn more and segalanya praktikal. Tambahan, bukannya tak dilengkapi teori. Bagi aku, kau belajar teori lepas tu buat banyak praktikal itu lagi menyeronokkan. Kau bole tambah pengalaman. Learn from mistakes.

Jadi, yang dapat result sekadar poli, jangan lah nak kuncup layu sangat mcm nak mati sebab kawan2 ramai yang masuk u. Hey, kau pon bole masuk u, tp lepas kau grad dip kat poli tu dulu lah. Tapi, sekarang, poli premier pon akn convert u and akan tawarkan program degree. Apedehal? Sambung jelaa. Lgpon, JPA pon sediakan biasiswa poli. Hahah, heaven kan. Tak yah hard up sangat nak ke u tu. Wakaka! *tapi kalau dapat, haruslah pergi. hahaha*

Aku, kenapa tak sambung form 6? Entah. Sebab...Aku takot aku tak boleh carry on, and, mungkin tak tahu hala aku esok. Dia ibarat mcm kau lepas pmr dgn spm dulu lah. Konfius kau akan timbul sekali lagi bila nak kena buat keputusan nak pergi mana. Dan aku takot aku silap dekat situ. Last2, kerjaya aku bukan dalam bidang aku. And, aku rasa sayang kalau tak aplikasikan ilmu selama ini yang aku tuntut bertahun. Haa, ini bagi manusia sepesen dengan aku lah. Yang BB banyak sangat. Blank blur katakan. Hahaha.

Lagipun, aku yakin..Setiap pertama yang datang dalam hidup aku adalah yang terbaik dari Allah. Sebab bila aku dpt result upu tu, aku rasa relax. Lepak gila. Heheh. And, aku tak haruk pon nak buat rayuan2 bagai masuk u. Tak terfikir langsung. So far, alhamdulillah. Setiap benda baru yang aku belajar, aku anggap cabaran. Jadi, itu yang bakar semangat. Hee

Apapun, setiap perkara yang nak dilakukan, refleksi lah segalanya. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Tak kira belajar dekat mana, yang penting DIRI SENDIRI...

aishahKay: Timang tinggi-tinggi sampai anjung atap, belum keluar result, dah kena pikir siap-siap. Hahah. Btw, ni gambar final project Illustration aku. Weee ^_^