Salam! haa! Sekarang da bulan Rejab. Hee. Aku luangkan cket masa, utk share ng korang antara fadhilat2 dan keistimewaan dalam bulan mulia ni. Semoga kita sama2 berlumba2 untuk mendapatkan syafaat dariNya. Jempot tengok =D 
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan  Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu  kemuliaan di hari kiamat.        
        Sabda Nabi s.a.w.: 
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban          dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan          LAILATUL-QADARnya. 
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh          Iman Nawawi) 
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga          tertinggi (Firdaus). 
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit          yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka          (panjangnya setahun perjalanan). 
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan          daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar          dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab          kubur. 
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur          bercahaya muka. 
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada          tujuh pintu neraka. 
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya          lapan pintu syurga. 
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari          kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak          ditolak dia masuk syurga. 
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya          hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada          tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat          melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang          pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya          sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim          a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala          dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang        yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 
        Berkata Saidina Ali: 
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu          tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu          tahun. 
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti          kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat          puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,          terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim          di hari kiamat. 
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan          ibadat seumurnya. 
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya          seperti puasa sebulan pahalanya. 
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa          orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada          Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 
* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab          hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya          sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada 
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan          kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu          kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu 
kejahatan. 

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya          pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.          Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,          lebih cantik daripada atahari seribu kali. 
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab          dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan          bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang          bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan 
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam        Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa          meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah          pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan 
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah          berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu  kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku  tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah  `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, 
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada  dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul  Ifkar) 
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh  bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti  puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari  ISRAK-MIKRAJ. 
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan  orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah  kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. 
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan  beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa  tiga ribu tahun. 
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,  ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada  jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat  ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika  berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,  kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana  kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu 
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan  terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih  pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan  beribadat pada malamnya. 
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab  itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. 
REJAB bulan menabur benih. 
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai. 
REJAB menyucikan badannya. 
SYA'ABAN menyucikan hatinya. 
RAMADHAN menyucikan rohnya. 
REJAB bulan taubat. 
SYA'ABAN bulan muhibbah. 
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 
p/s : Semangat ni nak buat amal! =D